Pertemuan dengan Aidan mengingatkan Fiya pada arwah suaminya, Daniel. Wajah mereka serupa tetapi perwatakan berbeza. Sejuk beku seorang Aidan buatkan Fiya ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu.
“Awak tahu tak saya tunggu awak dekat masjid tu berjam-jam?” – Fiya.
“Aku ada kata aku nak balik dengan kau ke?” – Aidan.
Namun, sakit hati dengan layanan dan bicara Aidan, Fiya cuba membenci dan menjauh. Tapi takdir dan jodoh itu milik DIA. Sekuat mana Fiya mahu membenci, sekuat itulah juga jodoh dia dan Aidan.
“Saya dah mula sayang kat awak. So, tolong jangan buat-buat tak faham.” - Fiya
“Fiya, kau mabuk ketum ke? Kau sedar tak aku ni siapa? Aku ni Aidan tau, bukannya Daniel.” Aidan
Aidan tak tahu, sedingin mana pun dia terhadap Fiya, tetap juga kewujudannya telah menggantikan Daniel di hati Fiya. Berkat usaha Fiya, akhirnya Aidan mengalah juga.
“Alaaa… Walaupun katil hospital ni kecik, tapi still muat kalau kita nak adakan sesi buat anak.” Selamba ayat Aidan.
“Abang!!” Aku menjerit geram.
“Apa?” Aidan buat muka blur.
“Dah sakit tu buatlah cara sakit.” Jelingan maut aku berikan padanya.
Pun begitu, pada ketika segalanya semakin baik, kebenaran yang terbentang buat Fiya jatuh terduduk.
Apa sebenarnya yang telah Aidan lakukan hingga Fiya tak mampu terima kenyataan? Apakah Fiya akan percaya bahawa Aidan terlebih dulu mencintainya sebelum Daniel?