Sekian lama Rania tahu Syahiran sangat membencinya. Bagi Syahiran, Rania itu perampas kasih sayang
dan perhatian uminya. Tapi, itu bukan niat Rania yang sebnar. Dia hanya mahu menumpang kasih setelah
kehilangan orang tuanya.
" Kau jangan sesekali tunjuk muka depan aku!" - Syahiran
Sebab itu, bila tiba-tiba Syahiran melamarnya, Rania bagai tak percaya. Tapi, dia tetap rasa bahagia kerana
sejak lama dulu, hatinya memang sudah terjatuh suka pada lelaki itu.
" Beri aku peluang jaga kau, Nia Mungkin Hafiz lebih baik dari aku. Tapi aku janji akan jaga kau lebih baik dari
dia." - Syahiran
Perkhawinan mereka pada dasarnya untuk membantu Rania dari menjadi mangsa dera emak saudara
sendiri. Tapi di sebalik itu, cinta antara mereka telah wujud di hati masing-masing.
Namun, bahagia mereka dicantas musibah apabila Hafiz yang selama ini mengaku kawan baik
sehidup semati rupanya menjadi duri dalam daging.
Apa yang akan terjadi bila tiba-tiba Syahiran sendiri nampak Hafiz di dalam bilik bersama Rania?
Dan apa akan jadi pada Rania apabila dia ditinggalkan sendirian oleh suami saat dia memerlukan
sokongan?
Akan adakah peluang kedua buat Syahiran bila dia sedar tindakannya adalah satu kesilapan?