IDEA KREATIF

TAWANAN HATI ENCIK CINTA - KAY OMENA

MYR26.00 MYR24.00

"Kahwin dengan saya dan buktikan pada Farid." -Qishmin. 

"Awak cintakan dia, tapi nak kahwin dengan saya."- Ashan. 

Permintaan Qishmin buat Ashan rasa dia seperti dipergunakan. Bagi Ashan, cintanya cuma satu, dan itu milik Qishmin sejak dulu. Tapi bagi Qishmin, cintanya untuk Farid. Ashan itu adalah musuh tradisinya sejak kecil.

"Saya sanggup buat apa saja untuk bahagiakan awak walaupun apa yang saya buat ni cuma memperbodohkan diri sendiri."- Ashan. 

Demi sayangnya pada Qishmin, Ashan sanggup dianggap bodoh, berkahwin dengan perempuan yang mencintai lelaki lain. Berkahwin demi membuktikan pada Farid yang Qishmin tidak seperti yang dikatakan. 

Hidup sebagai isteri Ashan, Qishmin mula faham tentang erti sebuah cinta dan kasih sayang. Dia mula rasa Ashan adalah lelaki yang diinginkan. Tapi, dia sudah terlanjur berjanji dan janji tersebut bagai menjerut lehernya sendiri. 

"Saya tak boleh hidup tanpa Qarizh."- Qishmin. 

"Awak yang pilih, Min. Awak yang serahkan dia pada saya sejak dia belum wujud pun dalam rahim awak."- Ashan. 

Kemunculan semula Farid dan kehadiran Huda dalam hidup Ashan, makin menjauhkan lagi hubungan mereka suami isteri. 

Apakah sebenarnya yang ingin Qishmin buktikan pada Farid sehingga sanggup berkahwin dengan lelaki yang sudah dianggap musuh tradisinya? 

Adakah Qishmin nekad mendapatkan semula Ashan ataupun berserah sekali lagi seperti mana dia melepaskan cintanya terhadap Farid sebelum ini? 

Cinta mereka, cinta yang terpinggir. Tapi kisah mereka terlalu manis untuk ditutup dengan perkataan tamat.

CONTACT US