IDEA KREATIF

TEMANI AKU SELAMANYA - PENA KAYU

MYR25.00

Kejam! Egois! Sinis!

Itu tiga pakej khas Carl Ibrahim, lelaki kacukan Melayu - Jerman. Pun begitu, dia lelaki yang kaya dengan pesona memikat. Yang mampu membuatkan Nirina terpikat.

"I jaga you." - Carl Ibrahim

Perkataan 'Jaga' itulah yang menyebabkan hati Nirina jatuh bergolek-golek di depan Carl Ibrahim. Malangnya Carl Ibrahim bukan kutip hati Nirina untuk dijaga, tetapi dipijak-pijak hingga lumat.

Penghinaan paling teruk bila Carl Ibrahim sanggup panggil Nirina betina. Memang Nirina tak boleh terima. Carl Ibrahim beri luka dan juga air mata pada Nirina. Jadi, Nirina pilih tutup cerita hitam tersebut.

Tapi tiba-tiba....

“I dah cuba, tapi tak boleh. Mata ni memang suka pandang you, Nirina. I paksa pun tak jalan juga.” - Carl Ibrahim

Apa ni? Carl Ibrahim macam dah tak betul? Mula-mula tak suka, sekarang dia suka Nirina pula. Tapi jangan harap Nirina akan beri hatinya! Hati Nirina sekarang dah pakai baju besi.

Masalahnya Carl Ibrahim ada 'kabel berteknologi tinggi'. Meski Nirina sebut TIDAK, dia tetap kena jadi isteri Carl Ibrahim juga.

"Kalau I dah peluk sesuatu, I susah nak lepaskan, Nirina. Dan rasanya I tahu sekarang kenapa I jadi gila bayang lepas sentuh bibir you." – Carl Ibrahim

Bebelan cinta untuk Carl Ibrahim;

Pandai-pandailah kamu tanggalkan baju besi hati Nirina tu. Kalau silap cara, nanti Rizqi bawa Nirina lari. Sebab kata Rizqi, dia boleh cipta bahagia untuk Nirina.

CONTACT US