IDEA KREATIF

TEMU DUGA CINTA - RIDHYA IMAN - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR23.00

Polos tetapi berani, itulah Qurratul Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair. Mereka ditemukan ketika Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya. 


Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya. ~ Uzair 


Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu. 


Mulut awak ni busuk macam belacan!!! ~ Ain 


Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya. 


Tatkala kisah Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk. 

Kita kahwin Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang. 


Sebenarnya.... Siapa yang lamar Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram? Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada Ain?

CONTACT US