Bagi Leanna, mengahwini Daniyal bukan hanya sekadar memenuhi kehendak daddynya. Tapi, dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Polosnya Leanna sebab dia anggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar dirinya kerana cinta.
Dinginnya Daniyal tak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.
“Malam ni boleh tak you berlakon gentleman sekejap?” - Leanna
“I kacak di mata you, tapi masih tak cukup gentleman?” - Daniyal
“Gentleman you, sikit sangat.” - Leanna
Hidup mereka bahagia. Namun, satu pesanan ringkas yang diterima buat hati Leanna bagai dihempas ke lantai. Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul.
“Kenapa you kahwin dengan I, Dan?” – Leanna
“Because I love you, Ann.” – Daniyal
Jawapan Daniyal yang berulang kali menyebut cinta sudah tak mampu membeli hati Leanna. Dia pergi membawa diri, tinggal di rumah yang kecil. Villa yang besar tidak lagi memberi bahagia buatnya.
"I bagi you dua pilihan. Balik dengan I, atau I move in tinggal dengan you." – Daniyal
”Dua pilihan you akan end up dengan perkara yang sama.” – Leanna
Memujuk Leanna bukan perkara mudah buat Daniyal. Lebih payah bila Risa muncul menuntut janji dan mengingatkan tentang tujuan asal mereka.
“Sebab you dah sayangkan dia, you lupakan I dan lupa apa plan asal kita?” – Risa
Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffrey untuk mengahwini Leanna? Sebab harta atau dendam?
Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?