Pertama kali bertemu Zharif, hati Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’.
“Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif
“Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah orang jadi mak we dia? Perasan!” ~ Iqa
Bertemu Atiqah, prinsip yang cuba dipertahankan Zharif untuk bercinta selepas berkahwin hilang entah ke mana. Puas mengelak, ‘rasa itu’ tetap datang menyapa.
Tapi malangnya, ada Afif di antara mereka.
“Awak beruntung dapat Afif. Dia memang sesuai dengan awak. He has everything that I don’t have.” ~ Zharif.
Dia mengalah demi Atiqah. Dia mahu melihat wanita kesayangannya bahagia bersama lelaki pilihan keluarga.
Kerana merasakan cintanya tidak dihargai Zharif, Atiqah bertekad untuk menjadi isteri yang baik kepada Afif. Begitu dia berazam untuk setia, begitu dia berusaha agar hatinya redha. Malangnya Afif bukan lelaki yang layak menerima cinta dan kesetiaannya.
Apakah yang akan terjadi bila Zharif pulang bersama kesalan? Sanggupkah Atiqah bertahan dalam sebuah rumah tangga penuh gelora?
“Kan Iqa dah janji dengan abang. Takkan tinggalkan abang selagi ada nyawa Iqa? Lupa?” ~ Atiqah.
Siapakah yang layak menerima cinta Atiqah? Zharif atau Afif?